Tuesday, 12 March 2013

MATAPELAJARAN : TAUHID

TINGKATAN : EMPAT

TOPIK UTAMA : PERBAHASAN ILMU TAUHID

1.Perbahasan ilmu Tauhid terbahagi kepada tiga perkara :
        
       1.Ketuhanan
      
        2. Kenabian

        3.Perkara - perkara ghaib atau perkara - perkara yang didengar  wahyu

Huraian :

     1. Ketuhanan : iaitu masalah-masalah yang dibahaskan tentang ketuhanan , contohnya mengenai
        
         sifat - sifat wajib bagi Allah (wujud, qidam, baqa' dan lain-lain).

      2. Kenabian : iaitu masalah - masalah yang dibahaskan tentang kenabian , contohnya mengenai
 
        sifat - sifat bagi rasul (sidik, amanah, tabligh dan fatanah).

      3. Perkara - perkara ghaib : iaitu masalah - masalah yang tidak dapat disentuh melainkan daripada

        mendengar dan tidak dapat diambil melainkan daripada wahyu seperti syuga, neraka, pahala ,

       dosa dan selainnya.


2. Perbahasan mengenai Ketuhanan :

   Perbahasan ini meliputi beberapa bahagian :
 
    1. Sifat - sifat wajib bagi Allah

    2. Sifat - sifat mustahil

    3. Sifat harus

     A.Sifat wajib bagi Allah : 1.sifat wajib bagi Allah secara ringkas(ijmalan): iaitu setiap sifat

                                                   kesempurnaan adalah milik Allah, dan kesempurnaan Allah Taala

                                                  tidak berakhir atau tidak berkesudahan.

                                                2. sifat wajib bagi Allah secara menyeluruh (tafsilan) : apa yang

                                                    berlaku bagi Allah Taala itu mempunyai dalil atau bukti yang

                                                  terperinci diatas adanya Allah Taala iaitu melalui sifat - sifat 20 atau

                                                  sifat - sifat 13.