MATAPELAJARAN : TAUHID
TINGKATAN : EMPAT
TOPIK UTAMA : PERBAHASAN ILMU TAUHID
1.Perbahasan ilmu Tauhid terbahagi kepada tiga perkara :
1.Ketuhanan
2. Kenabian
3.Perkara - perkara ghaib atau perkara - perkara yang didengar wahyu
Huraian :
1. Ketuhanan : iaitu masalah-masalah yang dibahaskan tentang ketuhanan , contohnya mengenai
sifat - sifat wajib bagi Allah (wujud, qidam, baqa' dan lain-lain).
2. Kenabian : iaitu masalah - masalah yang dibahaskan tentang kenabian , contohnya mengenai
sifat - sifat bagi rasul (sidik, amanah, tabligh dan fatanah).
3. Perkara - perkara ghaib : iaitu masalah - masalah yang tidak dapat disentuh melainkan daripada
mendengar dan tidak dapat diambil melainkan daripada wahyu seperti syuga, neraka, pahala ,
dosa dan selainnya.
2. Perbahasan mengenai Ketuhanan :
Perbahasan ini meliputi beberapa bahagian :
1. Sifat - sifat wajib bagi Allah
2. Sifat - sifat mustahil
3. Sifat harus
A.Sifat wajib bagi Allah : 1.sifat wajib bagi Allah secara ringkas(ijmalan): iaitu setiap sifat
kesempurnaan adalah milik Allah, dan kesempurnaan Allah Taala
tidak berakhir atau tidak berkesudahan.
2. sifat wajib bagi Allah secara menyeluruh (tafsilan) : apa yang
berlaku bagi Allah Taala itu mempunyai dalil atau bukti yang
terperinci diatas adanya Allah Taala iaitu melalui sifat - sifat 20 atau
sifat - sifat 13.
jorge's titanium genesis
ReplyDeletejorge's titanium mokume gane titanium genesis. Jorge is one of the 에그 벳 best known video game companies and the most popular in the gold titanium alloy gaming industry. The columbia titanium boots company dental implants was founded in 1986 by